Sunday, 12 July 2015

Rayayaya

quotes-tumblr-quotes-26
( Sekadar hiasan. Takda makna forever young. Dah tua tk sedar diri )

Haaaa so.. How is your day ? My day ? aha ha .. haha . ha ha ha... hm.. 
Banyak gila nak mampus exam tahun ni. Okay UPSR tu satu. Tu yang last yang paling gila punya but trial UPSR tu ha. Peh 5 kali dooooooo. Memang tak sempat relax langsung zzz. Ni relax pun sebab lagi berapa hari nak raya.

selamat hari raya
kepada saudara serta saudari
pabila syawal menjelma 
hari raya disambut dgn meriah.

Ok ye tau salah lirik. diam diam jelah heh .

Tapi srs la tahun ni memang banyak gila program. Ada kelas intensif, ada kelas tambahan, ada solat hajat, ada lawatan, ada motivasi, ada kem UPSR, ada trial . Haih tu yang janji tak ditepati tu . Sekejap update sekejap tak . Yang tak tu yang selalu . hiks . Lepastu bulan lepas cakap lepas trial Upsr yang pertama tu terus nak update . Hak alah bajet betul masa tu . 

Tapi lepas trial tu , balik rumah kan . Tengok jadual . Minggu depannya free . Memang happy la rasa . tapi minggu depan lagi satu , terus trial lagi sekali . Ok mmg gila la . Maknanya bukan free minggu sebelum tu . Memang study je memanjang .

Sekarang ni dah habis trial UPSR 2 yang boleh masuk asrama semua tu . Alhamdulillah boleh jawab . Boleh jawab eh ? Ok kita tgk result nanti .
Masa buat trial UPSR 2. sebelah petang, sekolah agama ada trial PSRA pulak. TAU TAK BETAPA STRESS NYA MASATU DGN TAK HAFAL LGSUNG UNTUK SKOLA AGAMA. Nasib baik la boleh jawab. ada la satu dua subjek yang blank . hiks . okay la satu dua . Lepastu exam Jawi&Imlak&Khat.. tertidur. Nasib baik bagi masa 2 jam. 30 minit siap. Yang lebihnya ofc la tidur. Ingat rajin ke nak semak semak? zzzzzzz

Lepas raya ni ada trial UPSR lagi. Ya Allah :'( Tadi nyanyi lagu raya kata disambut dengan meriah . Raya bawak buku . study . langsung tak meriah beb :'(

Okay tak payah pasal exam ..
Kito cerita pasal raya . 
especially ,
kuih raya .

Lepas trial UPSR 2 tu ( eh still ada topic pasal upsr ni ) , terus minggu2 yang membuat kuih la. kemain bersepah dapur . Bersepah-sepah pun dap jugak k . AHAHHAHA . 
Tapi lima balang untuk kuih raya dah buat. Eh tak tak. 3 je buat. Yang lagi 2 tu org kasi :3 . Ada lagi satu balang . Blank terus . Taktau nak buat apa dah . padahal bahan dah ada dh semua yang list nak buat tu. . Nyanyuk sungguh . Forever young amende kan? ;)

Tapi Ramadhan tahun ni tak dtg langsung iftar2 dgn kawan2 . Dah la dgn 2 kali trial masa bulan puasa, trial psra lagi . Dorg dah pandai takyah la risau ye dok? kite ni ha yg stupid ni kena byk study :'( Especially masa tgh nak kemuncak2 ni. Bajetnya ayat xD 

Masa bulan Ramadhan yang mulia ni, kalau masa nak berbuka memang rajin habis . Segala dessert nak buat . Nak je la. Tapi yang buatnya tu kadang2 takda pun . Hiks . Biasalah kan . Cakap senang la . Nak buatnya tu . Memerlukan kesabaran dan juga resepi . Ya , resepi penting k .

Okay sampai ni je. Bye :D
sincerely,
nuha