Monday, 9 November 2015

Sangat Tidak Confident


Hello gais. 
So debaran nak tunggu result dah terasa. 
Makcik pakcik nenek atuk sepupu sepapat anak pinak semua dah mula tanya,

" Agak-agak boleh dapat 5A tak? "

" Agak-agak boleh dapat mumtaz tak? "

Haih. Entah la. Cuba la jangan tanya soalan cepumas yang takda jawapan ni. 

Kalau aku ni tiap kali exam dpt sangat2 cemerlang kebaboom punya result, memang aku yakin la dapat 5A ngan mumtaz. apedehal. Tapi trial 4 kali pun dapat A tu sama mcm buat 'peace', hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Aku paling tak suka kalau orang ckp " eleh kau mesti dapat 5A punya. aku caya lah. aku nmpk kau study je memanjang. " Haih. Aku study pun last minute. 2 bulan sebelum exam sampai la exam aku buat cmtu. setakat 2 bulan study mcmtu, still tak boleh yakin sbb dalam 2 bulan tu.. ada 2 kali trial. and A aku still MACAM TANGAN BUAT 'PEACE'!!!!

Pakcik makcik pakngah paklong sepupu semua pandang aku cam diorg yakin sangat je aku dapat dua dua tu cemerlang. Adakah kamu semua ini tahu masa depan saya?  Tidak, bukan? 

Bila ibu tanya berapa target. Okay, 4A jela target. Aku tak boleh nak confident sgt. Aku takut untuk confident sbb nanti kalau tak dapat aku frust ke apa ke. Banyak kali gak la kena marah ngan ibu sebab tk confident ni. Tapi nak buat mcm mana, bu. Saya bestfriend dengan 2A. 

Tapi yg aku takut pasal pemilihan sekolah untuk 2016. Kalau result aku tk best, mcm mana nk masuk sekolah yg best-best kan? Tu sebab aku takut nak confident!!!! Semua benda la aku takut.

Sekarang ni, yang boleh buat cuma berdoa jela. Sebab mana lah tahu, orang yg takda A pun boleh dapat 5A kalau berusaha. So tawakal dan berdoa jelah skrg.
Okay, goodbye. sys.