Friday, 20 November 2015

Suprised




Hello :)

Sorry Nuha lmbt update, sbb demam lepas anugerah. Kalau ikutkan, bila sihat betul2 baru nk update. Tapi Sara dgn Cikpah suruh update. diorg kan fans saya. 

dua org tu je la. lol

Alhamdulillah. UPSR dgn PSRA dua2 mumtaz. Betulla org kata, yg 2A tak semestinya tak 5A. Masa nak umumkan result UPSR yang 4A, bila takda nama Nuha.. Dah nangis dah. Yela kan, target pun 4A je. 

Kawan kt sebelah beria pujuk " Kau boleh dpt 5A la. lepas ni nak umum 5A ". Kawanku, awak perlu baca entry saya sebelum ni, Saya sangat tak confident.

Lepas dh putus harap semua, tetiba dgr nama kena sebut. Mula mula naik tangga gi pentas tu muka sangat blur ( kalau ada yg amik gambar masa ni, sangat malu u know ). Tapi nak salam guru besar tu takkan nak buat muka blur lagi. Kang nnti ada org ckp artis ni sombong. (?)

Bila kt pentas tu, ok bayangkan boleh berdiri dgn org yang mmg trial 5A, exam tu exam ni 5A, 4A, 5A, 4A, sampai kt aku.. trial 2A. HAHA. Tapi kira bangga la. Masa nak amik gambar, senyum dah tergetar-getar. Penat la aney. Berapa puluh camera phone ipad semua kt dpn. Tapi kemain cari ibu, takde. Ibu masa tu demam, so dia tak larat nak amik gambar. Takpa bu, berpuluh camera amik gamba takkan satu pun tkleh share. buat penat senyum je.

Tapi mmg Nua byk kali cubit pipi sendiri la. Siapa je yg tak terkejut, daripada Science yg tak pernah dpt A, dua kali je dpt B..mathematics pun dulu asyik C, tetiba dpt 5A. waa.

Yang PSRA pulak, biasa la kan. sekolah agama.. lepas PSRA tu dh lama dah eden tk dtg sekolah agama. Dh takda alasan lain dh. ckp jela ponteng. Lepas PSRA ponteng, pedehal. Dtg pun tak belajar, buat kerja tak berfaedah jugak..kan? Duduk rumah tgk tv, kan berfaedah tu? hiks.

Aritu sebelum result upsr, makcik Nuha dh bagitau.. Isnin result PSRA. ( Btw makcik kpd Nuha, bukan makcik nuha. ) So hari isnin tu dh ponteng sekolah pagi, nak amik result psra. Ibu masatu demam, so kitorg keluar lmbt sikit. Sebelum keluar tu, ibu whatsapp ustazah.. Result dh smpai belum? Tetiba ustazah reply " Hari Rabu smpai kak " WHADEHEK.

Sebagai insan yg tak pernah buat kerja tak berfaedah.. Nuha pun kemas rumah, cat dinding, vacuum.. Tapi ni semua hanya sekadar mainan tidur.

Hari Selasa, lepas amik result UPSR.. Dh boleh balik dgn family. Sampai je rumah, ibu whatsapp ustazah.. " dh boleh tahu result PSRA ke? ". Biasa la kan, org tgh happy anak 5A, dia pun dh tashabar nk tahu result PSRA anak. then ustazah ada ckp " alhamdulillah kak, nurin dpt mumtaz.. " ada la panjang2 lagi dia reply.. Yang tu jela aku baca. hiks.

Kemain panjang aku type entry ni. Pasal UPSR, PSRA.. nak panjang2. Entry lain pendek2. Sorry Nuha bukan nak menunjuk, Nuha just nak share apa perasaan Nuha bila berpisah dgn bestfriend saya, 2A dan jaid. 

Okay, goodbye.