Thursday, 10 March 2016

New School



Dah lama tak update ni mmg kat sekolah rasa rindu je nak godek blog sendiri.
Dlm 3 bulan ni mcm mcm jugak la yg jadi. Ada hikmah rupanya masuk smka yang Nuha tak berapa nak minat tu sebelum masuk mrsm.

Mrsm?

Hahaha ye mrsm Alhamdulillah Nuha dapat mrsm. Tapi dekat Terengganu. Bayangkan betapa jauhnya Terengganu ngan Selangor. That's why kalau boleh Nuha taknak pun masuk situ. Sbb terlalu jauh. And Nuha masatu nekad nak stay kat SMKA sebab boleh 2 minggu sekali cuti. Kalau mrsm? 

But then Nuha terpaksa akur dengan arahan ibu ayah. Sebenarnya disebabkan Nuha masuk SMKA sebelum ni, dapat la Nuha latih diri nak berdikari dgn tempat yang tak sebaik Mrsm tu. Mrsm mmg la selesa, mandi semua shower. Mana ada kolah kolah mcm Smka. Mrsm makan mewah weh, Smka tkde la mewah tiap hari. Tak sangka la dh 4 minggu Nuha duduk kat Mrsm Kota Putra tu. Menghafal tk pro lagi. Still merangkak. 

Baru-baru ni pulak ada minggu aktiviti dekat mrsm tu. Ada satu hari tu mmg untuk ijtihadik. Memanah, berkuda and berenang. Tapi berenang tak boleh sebab pantai belakang mrsm tu ombak dia kuat so ditangguhkan. Bukan dicancelkan k. Siapa je tak suka naik kuda? Gila best. Agak nervous masa nak naik sbb dh lama tak jumpa kuda. Kahkah.

Penyakit homesick semua tu seminggu je dpt settle. Lagi2 skrg Nuha dh mula busy skit sbb jadi penolong ketua batch kahkahkah. Tak faham kenapa diri ini dipilih HAHAHAHA. Mula2 nak tarik diri daripada pemilihan. Tapi akak senior tak bagi. org lain dia bagi lak tarik diri hm

Nuha akan balik sebulan sekali, In Shaa Allah Nuha takkan biarkan blog ni tak diupdate sampai 2 bulan. 

Sebenarnya ada kisah lawak masa Nuha naik flight dari Pengkalan Cepa ke Airport Subang semalam. Orang nak cuti kan.

Nuha pergi dengan dua org kawan Nuha. Naik Marlindo Air, seat dia cuma dua je kan. Maknanya diorg akan duduk berdua & Nuha akn duduk ngan org lain. Agak terkejut la bila Nuha kena duduk sebelah lelaki. 

Siapa tak takut bila baru form 1 tetiba kena duduk sorg2, tepi laki lak tu. Peh meremang weh bulu roma. Lagi2 dengar cerita daripada org pasal bahaya bila duduk sebelah lelaki dlm bas semua. Meremang wehhh. Dah la Nuha kena duduk bahagian dalam yg tepi tingkap. 

Nuha taktahu nak buat apa masa dlm flight, amik Al Quran, nak hafal. Nak buang rasa takut semua. Bila tengah hafal2, laki kat sebelah keluarkan smartphone dia. Mula2 rasa pelik la sbb dlm flight kena off phone. Tapi bila Nuha perhati.. Dia bukan chatting. Tapi dia bukak app Al-Quran dalam phone and dia pun menghafal. Sentap kot, Sis sangat sentap. Nuha tk download pun app tu.

Nuha senanya still rasa malu sbb Nuha kan tak pernah naik flight tkde keluarga. Mmg eyy mmg malu weh bila Nuha mcm kelam kabut. Gopoh gila. nak letak beg, nak duduk, nak pakai tali pinggang keselamatan tu, semua gopoh. weh malu weyyyy.

Lagi rasa malu sbb Nuha bawak 3 beg. Beg sandang, and lagi dua beg tu pegang. Sebenarnya nak letak dua beg kat tempat yg dia sediakan tu. Tapi lepas letak satu beg yg pegang, Semua benda dh jatuh. Al-Quran pun terjatuh, gila kau nak teruskan nak letak beg? Malu woi semua tengok.

Nuha dh try nak hilangkan rasa kelam kabut tu, maybe mewarisi ayah kot. Tu sebab tak boleh hilang. kehkehkeh. Bapak borek anak rintik.

Okay ni je yg Nuha sempat kongsi. Takde idea nak rangka ayat ayat lagi. Till then, goodbye.