Sunday, 28 August 2016

Changing Myself




Entahlah. Maybe ramai akan kata Nuha koya (bajet) sangat skrg sbb nak berubah,
Peduli apa org nak kata.
Janji kita tahu,
Apa yang terbaik untuk kita dan apa yg terbaik untuk Allah.

Nuha boleh share apa yang menyebabkan Nuha tekad ni. Nuha boleh share, tapi tak banyak. 

Dalam 7 bulan menetap dekat MRSM Kota Putra ni, memang mula mula kita sangka semuanya indah. Kita sangka kita bahagia sampai akhir tahun. Kita pun berani, kita pun berani buat sesuatu benda yang kita tak fikir apa akibatnya. Orang mula pandang hina. Jawatan pun terpaksa kena letak. Tapi orang tak tahu apa yang kita buat sebenarnya. Orang tak faham apa yang kita dah buat sebenarnya, Orang tak tahu semua yang kita dah buat, Orang tak tahu apa tujuan yg kita buat.

Orang mula pandang hina walaupun dorg taktahu perkara sebenar, Apa yg dah tersebar pasal Nuha, Nuha kadang-kadang tergeleng sendiri. Memang Nuha ada buat salah tapi bila dengar apa yg dorg kata, hampir 80% fitnah. Nak buat macam mana, mulut orang en. Lagi lagi mulut gegurl kan. Kita tak boleh nak kawal. 

Bila kita try nak betulkan balik apa yang dalam fikiran dorg, org pikir kita nak ungkit. org pikir kita nak bela diri sendiri.

Buat sapa yang tak faham, kira kesnya mcm ni la. Orang yang tak benar disangka benar. Orang yang benar disangka tak benar. Ha gitu ah, Tapi orang yang tak benar tu, tak faham apa salah dia. Dan dia salahkan kita. Dan orang lain pun percaya dia. Ada faham?

Kepada yang STILL tak faham tu, buat buat paham jela. Nuha mmg taknak bagi benda yang jelas sangat pun. Sebab benda pun dah agak settle sekarang, tak perlu sebenarnya Nuha nak ungkit balik. Walaupun 'orang yang tak benar' tu menang, and Nuha tak dapat nak betulkan mindset kawan kawan Nuha pasal 'cerita' sebenar tu, rasanya Nuha tak perlu nak berusaha lagi. 

Sebab Nuha dah usaha gigih dah nak bagi dorg faham Nuha. Tapi tak ramai yg faham. Yang kena buat skrg redha jela. Nak buat macam mana? Allah je yang faham apa kau buat, Nuha. Ada hikmah semua ni, Nuha.

Nuha dah boleh redha sebab kawan kawan Nuha layan Nuha macam mana dorg layan Nuha dulu. Tu pun dah bersyukur sangat dah. Tu sbb Nuha tekad nak berubah, walaupun sebenarnya taktahu apa yang nak diubah sbb tu perangai azali kita. Bukan taktahu, tak faham celah mana yang kita kena ubah. Nuha punya perangai memang galok, bising. Maybe orang kat sini tak boleh terima perangai Nuha. 

Biarlah, kita kat negeri orang ni. Kita kena hormat apa yang org nak. Kita tak perlu ikutkan sangat perangai jenis apa yg dorg nak, tapi kita tak boleh bergantung sangat kat org untuk faham perangai kita. At least ada perubahan sikit, yang mampu buat dorg suka. 

Sekarang Nuha sedar, sekolah baik cene pun, alim cene pun. Kalau kat luar still jahil, tak guna. Bila balik cuti, bangun lewat, subuh gajah. Mana perginya habit kau dekat mrsm yang bangun pukul 4:30 ha? Mana? 
Tu sebab Nuha skrg nak try, jauhkan smartphone tengah malam. Tu yang buatkan rabun makin naik. Bila rabun makin naik, spec kena tukar. Bila spec kena tukar, makan duit. Bila makan duit, nyusahkan mak ayah. Bila nyusahkan mak ayah, kau nak buat apa?

Tiba tiba turun ilham banyak pulak masa subjek Sains Komputer kat sekolah ni lelelel. Malu gak la kawan kawan kat kiri kanan sibuk sibuk nak baca apa yang kita tulis. Pi la pocoyo. baca sendiri la nanti.

Ni je kot yang nuha sempat update. Lagi 5 minit nak rehat, Goodbye :D