Monday, 12 December 2016

Wedding :D


Oh hye everyone :D
Sooooooooo
Dah dua bulan nuha tak update blog sendiri. Rindu tu ada tapi masa tak mengizinkan (ecece). Kat atas tu bukti yang Nuha busy and tak sempat nak update blog. Memang lah wedding ni amik masa seminggu je senanya. Tapi seminggu sebelum tu Nuha busy buat homework (takda la banyak sangat yg Nuha dah berjaya buat) and buat chocojar. Chocojar, alaa chocojar. Takkan tak igt? 



Haa yang ni ha. Kalau nak tahu mende chocojar ni senanya boleh pergi dekat SINI or SANA

Alhamdulillah chocojar ni pun dah agak laris di pasaran (wuish ayat dia). Dah sampai ke negeri Melaka. Terengganu dan banyak lagi. And good news! 
We will participate at ;

Event: Mood Republik (KL,YES fest 2016) ❣*
Date:* 23, 24, 25 December 2016 (3days) ❣*
Time:* 10AM - 1AM
Okay masa wedding aritu dah busy, and minggu ni je masa untuk Nuha update lagi. Harini la maknanya. Nak tunggu esok & lusa pun sibuk nak buat doorgift chocojar minggu depan pulak untuk cousin lagi satu. Busy en Nuha skrg. Kekadang rasa macam businesswoman tapi senanya ibu Nuha yang lagi banyak bertungkus lumus untuk Chocojar masa Nuha kat sekolah/takda ni hahaa. Tapi Nuha kira berbangga jugak la kat stiker chocojar ada nama Nuha. tengok sapa design kan.

And Chocojar & Co ada new product, boleh tengok page yang nuha suruh tekan tadi tu. Satu lagi berkemungkinan besar akan buat chocolate spread sebab mulanya dapat ilham sebab kitorg try makan coklat kitorg with toast bread and sumpah sedap tak tipu. Korang boleh dapatkan that new product dekat Mood Republik nanti. Wait and buy yaa.

Nak cerita pasal homework, homework still berlambak walaupun seminggu sebelum pergi melaka untuk wedding aritu dah buat sikit. Yela kan kalau buat homework sampai lewa mmg sampai ke sudah tak habis. Yea maybe minggu ni Nuha akan settlekan semua benda. Cuma Rabu ni la cousin dari Melaka dtg tidur kat rumah. Tu pun satu dugaan nak buat homework masa tengah ramai orang. Mungkin tak jadi hape la.

Apa-apa nanti Nuha update next wedding. Banyak gak la wedding tahun ni. 3 tak silap campur dengan aritu punya yg Nuha tak post huhu. Memang la sikit 3 wedding tapi nak menyiapkan wedding tu berpeluh ketiak tahu tak. Nak buat chocojar lagi. huuuyaa

Nanti berapa hb Januari tah Nuha akan balik ke Ganu. Sekolah. SEKOLAH HAHA. Bunyi 'back to school' pun dah creepy. Rasa macam nak cuti 3 bulan. Homework pun berlambak lagi, wedding lagi, nak beli baju sekolah tudung sekolah lagi. Dah la kena beli kat tempat tertentu sbb kat tempat lain susah nak cari. Almaklumlah cerewet skit bab bab baju sekolah ni. Last2 bila dah puas sangat cari baru boleh beli apa yg didepan mata. huhu. Tak suka shopping tapi kalau pasal barang sendiri memang sanggup cari banyak tempat.

Tu je Nuha update kalini. Pape roger. Nak apa2 tuto boleh ke SINI. Nak freebies boleh ke SANA. Nak tahu chocojar boleh ke SITU. Sorry Nuha tak sempat nak update tutobies baru. Nanti kalau update Nuha inform okay? :D Bye Assalam.