Monday, 16 January 2017

Back To School (?)

 
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
 
 
Dah cuti sebulan, tup tup dh bukak sekolah dengan segala barang sekolah beli last minute. Main ice skating bagai masa nak dekat sekolah. Tak ingat dunia, folio buat last minute, barang sekolah beli last minute. Dah kehidupan dari sekolah rendah lagi mmg mcm ni, kerja mengelast minute je tak pernah nak cepat la Nuha ni pun adui.
 
Alhamdulillah for chocojar update, dah maju jugak la sampai ke Besut, Melaka bagai. Taktahu la dari mana orang orang kat negeri2 tu tahu. Dah rezeki, dari celah mana pun kalau dh rezeki kita dia beli jugak. Oh ya btw ingat tak yang Festival yang Nuha join untuk letak chocojar tu en? Alhamdulillah laris la jugak kat sana.
 
Dah 2 minggu lebih dekat sekolah ni. Rasa rindu nak update. Ingat nak update masa Sains Komputer last week tapi tak sempat. Nasib baik masa SK minggu ni cikgu bagi main bebas. Huhu welcome back to me.
 
Sekarang tengah struggle untuk Drama Fest dengan classmate. Doakan Nuha dapat lakonkan watak dengan okay XD Dh la dapat character mak Mahsuri. Takpelah nak, percaya pada keupayaan diri wewewewewew.
 
So harini Nuha pun takda idea senanya nak update apa. Ni pun mcm kesian tengok peminat i peminat i (dak kelas) menunggu untuk i update. Terharu rasanya I. Maceh bal. (actually bal je yang kemain tanya nak update tak nak update tak nak update tak nak update tak. Serabut punya pasal, i update untuk awuck ye bal )
 
Hari khamis ni ada presentation subjek Bahasa Melayu. Cikgu pilih secara rawak. Dia main pilih je group mana yang akan bentang haritu. So nak taknak memang kena siapkan segala benda before Thursday. baru ingat kalau lambat lagi nak buat sambil lewa je. Ala kitew kan dak2 last minute wak.
 
Nak cite pasal sekolah lagi, teringat lak tahun lepas experience kena homesick (?) masa awal2 tahun kat Maahad Hamidiah, Kajang and kat sekolah skrg ni. Rasa malu lak dengan abg2 yang smpai skrg ada selit2 kemenganjingan dorang pasal Nuha homesick yang tersangat2 sick tahun lepas. Sampai sentiasa sakit. Tiap2 minggu balik masa kat Maahad Hamidiah. Bila masuk KOPU, ha kau nak lari mana ha kt ganu? Nak duk celah ketiak sapa? Pepandai kau berdikari sendiri kat terengganu sana tu Nuha.
 
Nasib baik la jugak homesick nuha kat sini tak lama. dlm seminggu dua? entah la. Masatu memang tak hargai betul orientasi form 1. Tahun ni baru nak hargai betapa sweetnya masatu baru nak kenal orang yang sekarang ada yg jadi budak lawak hambar ( Sorry piyah awek kifbah i terpaksa mention u ). Ada yang suka sgt nk gi paris ( iman ) ada yg jadi unknown ( choppy ) ada yg jadi retis ( nuha. eh? )
 
Ada lagi bape minit lagi sebelum rehat pertama. Oh yaaa nak cite pasal sekolah lagi en, sekarang dh ada sistem baru. Nama dia floating class. Katanya semua mrsm nk buat dh pasal floating class ni. Ala mcm universiti la bawak buku ke hulu ke hilir gi kelas tu kelas ni. Takda kelas tetap. Kalau kelas BM gi kelas ni kalau kelas MATH gi kelas ni. Penat la sikit masa mula mula ni. Lama2 dh biasa okay la kot. Nuha pun try jela nak accept sistem baru MRSM ni.
 
Minggu depan dah nak balik dah. Rasa mcm baru je start sekolah. Naik flight lagi dari KB ke SUBANG. Harap2 mana la tahu en tetiba zizan razak pun naik marlindo gi subang nanti. Mana tahu jumpa emma maembong naik flight jugak gi subang. Mana tahu emma maembong seat dia dlm flight sebelah2 je. harapnya lah kan. Walaupun tahu mcm takda harapan. " Dlm hidup ni kekadang kita kena fikir luar kotak " ngehngeh.  
 
Nanti Nuha update panjang lagi masa cuti. IN SHAA ALLAH KALAU INGAT HAHA. Nuha ni kan pelupa tahap taktahu nak bgtahu tahap keberapa ni. Untuk tutobies nanti IN SHAA ALLAH LAGI Nuha update masa cuti. Ha semua nak buat masa cuti. See ya