Saturday, 4 March 2017

#4DaysKelantanese

Hai^^
Soooooooooo harini hari last Nuha kat kelantan. Okay bunyi dia mcm tak pernah pergi. Yes, memang tk pernah pergi. Pergi pun, tu la. Besut. Mana lagi? Saia mmg tak pernah menjejakkan kaki ke pantai timur. Pasar Siti Khadijah? Kota Bharu? Airport Kota Bharu pernah ah. Maybe orang akan kata, alah kau duk Besut bila2 boleh gi Kelantan. Sayang, saya kat sekolah wak. Sekolah saia mmg di besut. Besut, Terengganu awak. Sapa nak bawak saia ke kelantan? Dak2 sekolah sendiri kata mak mertua la bagai. ei ahahaha tlg ah
So Nuha akan cerita my adventure selama 4 hari kat kelantan. cewah. dengar mcm tour sangat satu dunia. padahal kelantan je. Nevermind. Tak kesah ah ckp apa pun. Saia sangat jakun dengan kelantan.
First day
Hm takda la buat apa sangat kot. Sebab letih dari pagi sampai malam. Pagi sekolah, petang dah otw ke Pengkalan Cepa ni. Pagi tu mcm2 result dapat. Markah PAI jelah bagitahu, 90. Yang lain2 taknak bagitahu HAHAHAHAHHAHA jkjk. Yang lain dapat B je. #SaiaTakSepandaiPiyah. Then petang tu hm petang tu hmmm otw ke PC je ah. Oh yaa btw Nuha punya trip ni naik roommate punya kereta. Rumah pun tumpang roommate. Nak buat cane. #roommatedaysout
Then malam tu Nuha ikut family Iman sambut birthday adik dia. Makan Shell Out something like that la. Memang sedap la makanan dia. Nak letak gambar pun takleh kat sini sbb takda cable kat phone zzzz
Second day
Hmm second day pun pagi tu takda buat apa. Takda buat apa sampai la petang main badminton dengan family dia. Best ah jugak sebab riadah petang2. Orang ni takda la pro sangat main badminton senanya. Tapi kena ah tunjuk lagak depan org pro. Not bad jugak ah main senanya hahahahahahha selepas berapa tahun tak main. Ingat la jugak cara nak main. Malam tu keluar jalan2 dengan family Iman gi bandar Kota Bharu tak silap. Tah. Yang dekat dengan pasar Siti Khadijah kot. Pasar tak gi ah tapi gi yang kat tempat jam tu. Okay nak desc lebih pun takda gambar baik takyah en? Biar ah.
Semalam ada la kes si Iman ni tertinggal phone kat tempat makan. Sebelum tu pergi tempat Food Truck banyak banyak. Best la jugak food2 truck tu. Ada burger color warna warni la bagai. Boleh tgk kat ig. Eh nuha buat story so sapa2 yang follow tu ha tgk ah. Nasib baik ah phone Iman tu orang kedai yang simpankan, bukan org lain yg niat mcm mcm. Kira bersyukur la part tu. Dia punya berdebar takleh nak cakap. So moral cerita ni 
JANGANLAH CUAI DAN TINGGAL PHONE ANDA DI MERATA2, BERI KEPADA MAMA ANDA JIKA TIADA HANDBAG. LOL

Third day
Hari ketiga tu hari ni ah. Pagi pergi jogging. Ha ni cerita dia panjang sikit. Pagi tadi pergi jogging (nama tempat tidak tertera kerana tidak tahu). Masa syok jogging DAN BUKANNYA BERJALAN pagi tadi, tetiba terstop jugak sebab ada karnival dengan hot fm kat tepi tu. Ada retis mark adam and sapa la sorg lagi tu pelawak and pengacara tu. Ha nama jugak tidak tertera kerana tidak familiar HAHA. eh muka kenal, nama tak. Sorry awak.
Memang ego gila taknak amik gambar. Tgk dari jauh je. Macam macam game la dorg buat. Amik gambar pun dari jauh. Amik gambar mark adam je huhu. 
Masa nak habiskan 1 round tu. dh nak balik tu. Tetiba retis yang tidak ketahui nama tadi tu, jalan kat tepi nak gi kat kereta dia. Memang terkejut and melting senanya sebab tetiba dia senyum kat kita. Mungkin dia pun pelik " eh banyak2 org yang aku jumpa dia ni je yang takmau amik gambar dengan aku. " Tah la. TAKTAHU KENAPA MALAS SANGAT NAK SELFIE. Rasa mcm berpeluang lagi je nak jumpa kt KL. Bukan nak koya, memang kenyataan.
Last day

Last day tak tertera sebab esok la last day dia. Packing pun sudah. Balik pagi esok. Tu jela tour saia ke Kelantan. Nanti maybe lepas ni bukan gi PC je, gi Kota bharu je, tapi gi la tempat lain2 mcm Tumpat ke apa ke. Tumpat je tahu senanya sebab orang lain selalu cakap kat Nuha suruh gi Tumpat. Biar la depa nak ship. Faham sangat dah. Okay, malam ni pesta maggi dengan Iman. Nak berjaga sampai mana yg boleh katanya. Tngok ah malam ni cane. Kata2 sekadar kata2 ke, dono. See ya next entry.
Btw ibu ayah smalam baru balik dari Jepun. Kata dorg best. Ibu pun kata kat sana bersih la bagai. Bila dengar cerita2 tu rasa mcm tah la bila tengok negara sendiri rasa nak tarbiyah semua org (padahal diri sendiri bukannya perfect pun huhu). rendah diri jugak la senanya. Biar ah. Negara kita pun ada speciality. Huhu