Saturday, 15 April 2017

East Journey #2


Related image
So the journey started by Wednesday. From taking flights, to taking bus. New experience although it's just an hour journey from Jerteh to Kuala Terengganu. Nevermind. Missing the memories being in Kelantan before, and now it's time to explore Terengganu. So hye, KT. Kelantan, we'll meet again next time. I have 3 years more in east. Many things can explore during the long time. 

Minggu cuti ni Nuha tak balik rumah sebab 5 hari je cuti. Ye memang la kalau cuti seminggu tu balik KL, 7 hari je. Tapi tah la sebab 25hb nanti balik lagi. So better Nuha tak balik. Berapa banyak kali nak book ticket flight kan. So Nuha tumpang kawan je. Maybe rasa sedih la jugak tak balik, tapi kekadang kita kena try untuk survive sendiri. Guna duit yang ada, guna barang yang ada, guna apa yang ada kt sekeliling kita sendiri sebab kalau dekat rumah, there are always someone yang akan tolong kita. 

WEDNESDAY
Theres nothing to share about. Bila Nuha sampai je dekat rumah kawan Nuha yang jadi mangsa tumpangan ni (actually tak ingat senanya apa nama tempat ni. Main redah je en. Ceni la jadi nya. Tak ada pun nak diceritakan untuk hari Rabu sebab takda aktiviti apa pun. Sampai rumah tu, penat2 tu. Malam pun tak buat apa. Oh yh and ada satu problem bila kitorang nak tengok movie tapi internet takda sebab abah dia tak bayar. Okay that is the most shitty moments sebab kau tahu en apa pentingnya Internet zaman ni. Nasib ada data lagi je masatu.

Oh yah ada gak benda, lupa. Disebabkan Nuha en kalau setiap kali holiday, mesti akan menuju ke dapur sebab memang tu tempat favorite yang tetiba tercetus rasa minat tu tahun ni. So Nuha and Piyah pun beli barang kat Mydin untuk beli barang masak untuk makan tengah hari keesokan harinya. Huhu. Rajin en. Dengar bunyi dia macam menantu pilihan kan? lol
Malam tu srs nak kata boring, agak la sebab kawan Nuha, Piyah tu pun penat so dia tidur agak awal la 12 lebih. huhu awal ah bagi Nuha untuk masa Holiday ni. So Nuha pun stay up sikit baca novel, tengok running man yang dh download tu and so on. Sampai la pukul 2 cmtu. 

THURSDAY
So pagi tu Nuha buat breakfast dengan Piyah. I made roti cheese yang melt panas2 tu aduh untuk breakfast and kitorang goreng nuggets and so on. Pastu kitorang punya aktiviti lepas tu, buat bodo , baca novel bagai sampai lah tengah hari Nuha masak nasi goreng pattaya. Ecececeh. Kedengaran hebat bukan? Ye, sangat hebat. Kurang garam. Tawar sikit. Nasib baik hias dengan sos tu cover rasa tawar dia dgn sos. 

Pastu kitorang pun nak pergi Dapo Pata ( which is idk what is det place ) tapi haah dapat pergi. Pergi dalam mimpi. Kitorang buat apa tah petang tu ( tak ingat sebab kalau buat bosan2 buat bodo tu Nuha rasa tak kesah. So maknanya masatu bosan ). Then ayah Piyah pun balik dari kerja and belikan kitorang makanan Mary Brown. Makan2 tu, simpan sikit malam. Ayah piyah pun duk dalm bilik. And kitorang pun sambung tengok movie (sbb internet dah ada) sampai la malam. Pastu Nuha main phone semua. Okay haritu memang hari memasak je yang interesting.

Maybe ada jugak kot interesting sbb petang tu Nuha dengan Piyah keluar rumah and saja berlegar kat kawasan perumahan tu. Gilir2 main basikal. Almaklumlah basikal satu en. Kita ni kekadang kena guna apa yang ada dekat rumah. HAHA. Sangat menyedihkan bukan? nak masak benda lain takleh sebab memang beli bahan untuk hidup  je tu. 

FRIDAY
So haa yang kalini pagi dan petang Nuha taknak cerita sangat. Tapi petang tu, cam biasa, macam taktahu perangai Nuha, kitorang menggila satu rumah dengan karaoke. Ye, hari jumaat karaoke. Jahil lak rasa sekarang. Then karaoke2 dah penat gegarkan semua kaca kat rumah tu, kitorang tengok lak video2 bagai and tengok cerita hantu semua. Last sekali tengok ouija 2 separuh. Sebab dah mencecah pukul 7. Gila hang nak sambung maghrib.

Lepas isyak tu mak sedara Piyah and husband dia pun datng and amik kitorang dari rumah and pergi Paya Bunga Square. Oh takde la Paya Bunga Square sangat sebab masatu dah tutup. Kitorang berlegar kat KT Walk. Macam2 ada kat sana. Makanan, yes that is the most important thing. Minuman number two. Baju2 and seluar list paling last. Then dapat lah jugak seluar sehelai harga yang sangatt mahal iaitu rm5, Menggigil weh bayar. HAHAHAHAH. Saja, untuk stok baju tidur kat asrama nanti. 

Okay mungkin kalini baru nampak sangat journey dia sebab enanya hasrat dia nak tengok wayang, tapi tak kesampaian. Sebab apa? Okay ni Nuha nak cerita.
So ceritanya bermula bila kitorang diarahkan untuk berpecah kat KT Walk. Takda la diarahkan sangat pun. Memang kitorang nak tengok wayang senanya. So kitorang pun kena berpecah sebab kitorang nak tengok wayang, mak sedara dia nak tunggu kitorang dekat KT Walk. Then kitorang pergi la nak tengok kan wayang tu ada tiket lagi ke tidak. sebab katanya full sebab kat situ wayang baru bukak. So weekend, biasa lah weekend mesti ramai datang.

So kitorang pun tengok kat bangunan wayang tu ( tak ingat nama ), then kitorang pun nak naik lif sampai ke tingkat 7 sebab wayang tu level 7. Soooooo, kelihatan sangat ramai ketika itu di lif. So kitorang pun decide untuk naik tangga. Ye, naik tangga. Ye sekali lagi, naik tangga sampai level 7. How insane is that? Takpa, kami katang. Maybe agak creepy kat tangga sebab ramai jugak ikut tangga. Tapi takda lah cm kitorang sampai tangga tingkat 7. Tapi creepy sebab ada segerombolan lelaki yang kitorang cm takut jugak ah. Nampak cm gangster.. Taktahu la pulak mana tahu gangster2 ni tengok wayang cerita Kimchi Untuk Awak? Kita tak tahu.

Sampai level 7, sangat kecewa sebab kat tiket tu banyak gak dah habis. Yang ada pun, tiket cerita Hospital yang selling fast, cerita hantu beb. takkan la berani kitorang nak tengok, dah ah kitorang duduk berdua je kat rumah. Gila apa. tak boleh tidur beb. Movie yang banyak penuh Fast & Furious 8. Tapi kebanyakannya mmg semua Fast & Furious. Punah harapan sepunah2nya nak tgk Kimchi Untuk Awak ke, apa apa yg best ke. Aduh.

Faham tak perasaan dia macam mana lepas keluar dari bangunan tu? Rasa nak bakar au bangunan tu. Bayang la, punya la semangat nak naik sampai level 7. Paling tidak pun dapat la tengok cerita yang best sikit. Ni dengan sesak, dengan ramai. Tah la. Salah kitorang gak senanya kenapa weekend baru nak gatal gatal gi tengok wayang padahal tahu memang tengah musim ramai orang bila weekend. Sabar jelah nak. Nasib baik KT Walk dapat menyembuh luka di hati ni sikit. ecece

Eh tak pun. Lepas dikecewakan tu, Nuha dikecewakan lagi bila Piyah tak bawak phone nak call mak saudara dia. Haih taktahu perasaan masa tu cene. Baru dah relax dengan menyirap, datang balik menyirap tu. Sebab tak dapat nak contact dengan mak saudara dia. So merayau la kitorang mencari dekat KT Walk yang agak panjang tu. Tapi last2, jumpa la jugak dekat tempat kereta ( naluri sendiri dekat tempat lain. Naluri tkleh diguna pakai smalam. HAHA Sorry piyah )

SATURDAY & SUNDAY
Today ( Saturday ) pagi tengah hari semua tengok movie memanjang. Dari tengok cerita hantu ke cerita kartun, cerita kartun ke cerita adventure, cerita adventure ke cerita kartun balik. Tapi petang tadi kitorang kembali dapt tengok keadaan langit dan bumi. Rasa lama tk tgk bumi, sampai sanggup redah kepanasan terik mentari untuk pergi kedai runcit beli air. Nampak tk ayat dia? Jangan risau, BM saia belum cecah A. Doakan Nuha dapat A. Amin

Jalan punya jalan, takda rasa terik sangat pun senanya sebab jalan membelakangi matahari. So belakang jela panas. Still panas tapi takde ah menambah sunburn en. So nevermind pasal tu. Kedai runcit yg dekat, tutup. Okay mula2 rasa mcm nak bakar jugak kedai runcit tu sbb time2 cmni la tutup. Asal hari lain masa org taknak tak tutup? Nasib baik kedai runcit ada lagi satu. Yang depan kedai ABC katanya. So lembut balik hati.

Kedai runcit yang tu takda lah menambat hati sangat. Tapi cukup la untuk beli air and then singgah kedai tepi jalan beli kopok lekor and goreng pisang. And also ABC. Terlajak ke ganu kan, kepok lekor jangan lupa beb. Sooooo tu jela kot untuk aktiviti harini. Malam ni pun tah la mungkin movie lagi ke.. Taktahu. Sbb takda transport senanya nak gi mana2. Smalam gi KT Walk pun sebab ada mak saudara Piyah. Kalau tak terperap jugak lah rasanya. 

And untuk aktiviti esok, pagi lepas Subuh tu abah Piyah dah balik. Tapi dia bawak kitorang ke Kelantan. Ada apa tah kat Kelantan tak ingat. AND IM BACK, KELANTAN. Hoorayy! Kembali ke East First Journey aritu. Hahha. Esok, kitorang nak cari tempat yang ada wayang lepas abah dia hantar ke AEON KB Mall. Maybe la ada wayang. Im not really sure sebab bila tanya org, ada yg kata ada ada yg kata takda. But takpa, kalau takda pun layan tayangan 6D tu sudah la. 10 minit pun bermakna au. 

Yeah that's all from me. Not very interesting sangat bila baca journey Nuha kan. But if u be me, In Shaa Allah boring mcm mana pun tetap jadi sweet memory. In Shaa Allah next time maybe dekat Pahang? Explore lagi Kelantan? Explore lagi Terengganu? Maybe di Tumpat? Besut? Kota Bharu? Bachok again? See u next entry. Bye!