Zahira duduk sambil memicit-micit pergelangan tangannya.
Matanya merah, ada lebam kecil di bawah — bekas malam tanpa tidur.
"Saya cuba kuat, doktor. Saya cuba…"
Suaranya bergetar.
"Tapi bila dia tuduh saya tak cukup baik, bila dia kata semua dosa saya sebab tak cukup taat… saya mula percaya. Saya mula rasa saya beban. Saya mula rasa… saya memang tak layak hidup."
Doktor berhenti menulis.
“Zahira, awak sedar tak semua ini… bukan salah awak?”
Zahira ketawa kecil, sinis.
"Kalau bukan salah saya, doktor… kenapa semua orang tinggalkan saya?"
[Tiba-tiba nafasnya jadi pendek.]
Dadanya naik turun laju. Jari jemari menggigil.
"D..doktor… susah… nak nafas…"
Panic attack.
Doktor cepat bangun, tekan butang kecil di meja. Seorang nurse bergegas masuk dengan segelas air.
“Zahira, pandang saya. Tarik nafas… ikut saya… satu, dua… perlahan…”
Tapi tubuh Zahira kaku. Air mata deras jatuh.
Dia menekup dada, rasa jantung mahu pecah.
[Pintu terbuka tiba-tiba.]
Seorang lelaki melangkah masuk tanpa sengaja. Dia kelihatan terpinga-pinga.
“Maaf, saya… saya tersilap bilik.”
Namun langkahnya terhenti. Dia sempat memandang ke arah Zahira yang sedang bergelut dengan nafasnya.
Sekilas pandang.
Zahira sempat menoleh, matanya bertembung dengan lelaki itu.
Dan dalam huru-hara kecil itu, ada sesuatu yang Zahira nampak — luka yang sama. Luka yang tidak perlu diterangkan dengan kata-kata.
Nurse cepat menutup pintu, menghalau lelaki itu keluar.
Doktor menenangkan Zahira dengan teknik pernafasan.
Akhirnya, Zahira rebah ke sisi kerusi, keletihan. Nafasnya perlahan kembali, walau dada masih perit.
Tapi wajah lelaki tadi — yang hanya muncul sebentar — masih melekat di fikirannya.
Wajah asing yang entah kenapa terasa… difahami.